Monday, July 20, 2009

Kota Bharu BRI... ke BRZ atau BRF?

Assalamu'alaikum,

Saya parking kereta bermeter, taruk untuk sejam seterusnya pergi jumpa pegawai bank.
Agak saya cukuplah sejam, tapi diskus itu ini, saya sampai kat kereta saya kurang 10 minit lewat. Tahu-tahu tiket saman parking dah ada kat cermin. Lebih kurang 30 meter dari kereta tadi saya terserempak dengan penguatkuasa MPKB yang saya perasan sempat juga menjeling ke arah saya. Dia tahu, menghala ke situ dia dah saman semua. Saya cuba cari dia semula untuk berbincang, tapi dia dah lesap ntah ke mana.

Ntahlah, apa standard yang MPKB pakai untuk menyaman parking. Tak ada 'basi' langsung ke? Mesti tepat-tepat ke?
Saya terus ke MPKB untuk settle terus 'surat' tersebut, tapi officer kata dah kena bayar RM10!
Tiada tolak ansur! Saya bayar, terus keronyok resit, buang dalam tong sampah dan berlalu.

Bercerita dengan kawan-kawan, rupanya terlalu banyak kekejaman lain yang telah MPKB lakukan, pada orang awam, penjaja dan sebagainya. Dah jadi macam PBT negeri di bawah UMNO/BN. Tiada beza. Seingat saya 19 tahun di Kajang pun tak pernah kena saman paking sebegitu! Bahkan, jika bayar lebih dan time tak habis lagi, boleh guna kopon tempat lain pula, bahkan seluruh Selangor lagi!

Saya nak tanya sikit, orang MPKB dari bawah sampai atas tahu ke kenapa ada paking berbayar PBT????!
Nak kaya dan kaut duit dari meter paking ke?!
Atau tujuan sebenar adalah untuk KAWALAN TRAFIK?
(Lu Pikir La Sendri....)
Kalau kerana nak kaya, buatla paking bawah tanah atau bertingkat banyak-banyak. Kaya Wooo...

Monday, June 16, 2008

Kita Diperbodoh Negara2 Maju

Bagi saya sekarang kelihatan lebih jelas tindakan2 oleh negara maju untuk memperkuda dan memperbodohkan negara mundur dan membangun.
Ini berlaku disebabkan sifat TAMAK dan berebut mereka dalam menyedut segala hasil bumi kita. Pada abad yang lalu, ini dilakukan dengan penaklukan negara, sekarang ia dilakukan dengan segala TEKTIK atas alasan GLOBALISASI sebagai contoh WTO dan FREE TRADE.

Kita lihat dengan kenaikan harga komoditi sekarang. Kita tahu kebanyakan komoditi asas seperti petroleum, lelemak, makanan asasi dan logam asas industri adalah majoriti dikorek atau dihasilkan dari bumi negara membangun atau dunia ketiga.
Apa yang berlaku sekarang, bahan asasi yang dihasilkan dari bumi kita ini, kita sendiri sudah semakin TAK MAMPU untuk membelinya! Ini jelas jika dibandingkan penggunaan isirumah sebulan bahan2 tersebut dengan PENDAPATAN PURATA isirumah kita. Sedangkan mereka masih dapat menikmati pada HARGA yang berNISBAH kecil jika dibandingkan dengan purata pendapatan isirumah mereka.Sebagai contoh, kita terpaksa membayar RM2.70 seliter petrol berbanding sekitar RM4000 pendapatan purata isirumah kita sebulan berbanding rakyat US yang membayar sekitar USD0.90 seliter petrol berbanding mungkin purata pendapatan isirumah mereka USD4000 sebulan. Itupun satu dunia kecoh menyatakan mereka sedang BIMBANG dengan kenaikan harga sekarang.

Dengan berbagai perjajian antarabangsa samada melalui PBB atau WTO, negara2 lemah diTEKAN supaya mengurangkan SUBSIDI demi KEADILAN perdagangan global. Sedangkan negara mereka tak pernah lekang dari memberi subsidi terhadap berbagai industri mereka. Melalui subsidi tersebut, mereka terus membangunkan, mencanggihkan dan meningkatkan kecekapan industri mereka. Dalam masa yang sama, terus meningkatkan piawai berbagai peraturan yang menyekat produk2 murah yang kita hasilkan dari MENGGANGU pasaran mereka.
Bagi produk2 berteknologi rendah dan 'environmentally unsafe' untuk dikeluarkan tapi masih perlu mereka 'consume', mereka pindahkan industri itu ke negara2 kita. Ini atas dasar PELABURAN FDI dan sebagainya. Dengan itu kita terus menjahanamkan alam sekitar kita.

Lihat sahaja sungai kita, semua kotor dan tak layak di 'consume' lagi selagi tidak melalui proses penapisan yang teruk. Kita hanya mengharap bekalan air bersih dari empangan2 buatan yang sekejap sahaja kering bila kemarau.Apa jadi kalau suatu hari negara kita berperang, dan empangan2 tersebut dibom (sejarah telah membuktikan bahawa ini pasti dilakukan musuh). Barangkali tak sampai seminggu, kita semua terpaksa mengaku kalah disebabkan dah tiada air besih untuk diminum. Semua loji penapisan telah hancur. Sama juga sawah2 padi kita yang semakin hari semakin sempit oleh kerana ditukar kepada industri atau perumahan. Selepas perang seminggu, kita semua kehabisan beras!

Masalah sekarang, MANA PEMIMPIN kita yang melihat ini sebagai satu masalah NEGARA yang perlu diselasaikan segera?
Kalau ada pun hanya retorik dan gimik politik dalam meraih sokongan dan melarikan tumpuan komplen rakyat. Sekadar melepas batuk di tangga.
Pemimpin terus membolot kekayaan hasil bumi melalui kroni.
Akhirnya rakyat kebanyakan yang terpaksa membayar harga yang semakin mahal dalam keadaan pendapatan isirumah yang mendatar, atau lebih teruk semakin berkurangan disebabkan penurunan KAUSA BELI purata rakyat terhadat produk hasilan mereka, dan kesukaran mencari pasaran luar dan mengekspot disebabkan masalah piawaian!

Tuesday, June 10, 2008

Pak Lah Dah Gagal... Boleh b-Lah

Assalamu'alaikum,

Dalam kepimpinan sebuah negara, sepertimana seorang laksamana perang, pemimpin itu tak boleh walaupun sekali GAGAL. Kegagalan akan menyebabkan peperangan itu KALAH, dan laksamana itu atau ramai askarnya akan gugur. Negaranya akan hancur atau ditawan!

Juga... Seseorang pekerja digaji oleh bosnya untuk menyelesaikan masalah syarikat bosnya. Jika beliau hanya tahu me'repot' masalah dengan mengatakan, "Bos kita ada masalah.. bla...bla..bla.. dan itu dan ini. Sekarang bos kena selesaikan masalah tersebut. Saya repot je..."
Sudah tentu sebagai bos, dia akan mengatakan pekerja itu telah gagal dan terus memecatnya!
Sebab sepatutnya pekerja tersebut menyelesaikan semua masalah tersebut dan me'repot' kepada bosnya tindakan-tindakan penyelesaian yang telah dilakukan.

Pak Lah telah gagal memimpin Malaysia sebagai PM.

Sepertimana di atas, beliau telah gagal sebagai 'pekerja kepada rakyat Malaysia', menyelesaikan masalah negara dan rakyat. Bahkan seperti mana di atas, beliau hanya tahu me'repot' masalah dan melepaskan masalah itu untuk ditanggung oleh rakyat!

Dan sebagai seorang Laksamana, beliau seharusnya telah ter'korban' (berundur) dan telah melepaskan tampuk kepada orang lain, walaupun 'orang lain' tersebut belum teruji lagi.
Sebab, BELIAU TELAH DIUJI DAN GAGAL, sekarang kita ujilah orang lain pula.
Kalaupun orang itu juga mungkin gagal... itu baru MUNGKIN...
Tapi PAK LAH telah GAGAL (dan ter'korban')!!!!!

THERE'S NO SECOND CHANCE PAK LAH!